Memperkenalkan....

AMOOREA Beauty Bar merupakan suatu produk penjagaan kulit yang diformulasikan secara semulajadi, selamat dan efektif. Bahan-bahannya adalah 100% diimport daripada benua Eropah, dan dikilangkan secara professional di Malaysia. Ia berfungsi sebagai "pembersih", "toner" dan "moisturiser" untuk menjadikan kulit lebih lembut, bebas cela dan noda. Amoorea kaya dengan kombinasi Microalgae (H-mA Factor), " Heilmoor Clay", ekstrak Licorice dan ekstrak daun tea-tree. Gabungan ini menjadikan Amoorea suatu formulasi luarbiasa yang menjanjikan kesempurnaan dalam penjagaan kulit anda....
TAK PERLU BOTOX, COLLAGEN ATAUPUN LASER!!!
HANYA 3 minit DENGAN MENGGUNAKAN AMOOREA!
Kandungan Utama Amoorea
~ Syndet
~ H-mA (microalgae) Factor
~ Heilmoor Clay
~ Ekstrak Licorice
~ Ekstrak Tea Tree Oil
Hasil gabungan bahan-bahan di atas menjadikan pH Amoorea 5.5, iaitu hampir menyerupai pH kulit sebenar manusia. Ianya juga tidak mengandungi bahan ’sabun limau’ yang biasanya terdapat pada sabun biasa. Bahan ini biasanya mengakibatkan radang kulit pada pengguna. Kesemua faktor ini menjadikan Amoorea sangat sesuai digunakan pada semua jenis kulit, termasuklah yang sensitif dan bermasalah. Perawatan kulit menggunakan Amoorea hanya mengaplikasikan langkah pencucian kulit muka selama kurang 3 minit, tanpa perlu menggunakan pelbagai produk tambahan lain selepas itu. Tidak perlu lagi toner, krim antipenuaan, serum atau lain-lain lagi produk tambahan yang pastinya meningkatkan kos penjagaan kulit anda. Hanya dengan pencucian yang sempurna kulit anda akan dirawat dengan sempurna dan kesannya pasti menakjubkan walaupun baru pertama kali anda menggunakannya.
Huraian Kandungan
Syndet
H-mA Factor (Polyglucuronic Acid & Fresh Water Micro Algae)
Suatu kompleks yang diperoleh daripada ‘original polysaccharide’ di mana ia dihasilkan daripada kultur Rhizobium melitoti dan dicampurkan dengan ekstrak micro alga yang dipanggil Haematococcus pluvialis. Bahan ini diperoleh daripada sebuah tasik di Hawaii.
Asid polyglucoronic ini mempunyai struktur yang seakan asid hyaluronic yang membantu melembapkan kulit secara semulajadi. Ekstrak micro alga adalah kaya dengan vitamin B1, B2, B12 dan Niacin yang membantu penghasilan ATP (adenosine triphosphate). Ini menggalakkan penghasilan tenaga pada kulit dan melindunginya daripada sebarang faktor luaran yang memberi ancaman.
Formulasi unik yang tercipta dari algae ini kaya dengan anti-oksida, vitamin, mineral dan kebaikan lain yang mampu mengembalikan keremajaan dan kecantikan kulit. Keupayaan untuk membaikpulih sel-sel kulit berlaku dengan lebih pantas menjadikan kulit sihat, segar dan awet muda. Bahan ini berupaya meresap pantas ke dalam epidermis dan melakukan pembersihan (detoxification) secara menyeluruh. Selepas penggunaannya kulit terasa seolah-olah selepas melakukan rawatan spa!

H-mA menyerap jauh ke dalam lapisan kulit dan melembapkannya secara berterusan
Heilmoor Clay

‘Moor’ adalah perubatan tradisional yang digunakan di kebanyakan tempat di Eropah Tengah sejak berkurun lama. Hampir 3,000 tahun dahulu, bangsa Celts dan Roman menggunakan Moor di Austria dan German untuk merawat luka sewaktu peperangan. Rekod yang mula-mula diketahui mengenai penggunaan ’Moor’ ialah daripada Galen, Plinius, begitu juga bijak pandai daripada era Egypt menyatakan penggunaan ’Moor’ yang ditemui di Sungai Nil boleh merawat berbagai penyakit. Semenjak 60 tahun kebelakangan ini, telah kerap dibuat penyelidikan klinikal ke atas terapi ‘Moor’ dan telah dibuktikan bahawa ‘Moor’ sememangnya mengandungi kandungan perubatan yang baik. Disebabkan itulah maka ratusan pakar perubatan di Eropah mengguna dan memperakukan perubatan secara ‘Moor’ ini.
Di kurun ke 16, Alchemist Paracelsus, seorang ilmuan terkenal, memperakukan bahawa ’Moor’ adalah ’Quinta Essentia Vitae” yang mana beliau percaya ianya ”elixir of life’ ataupun ’air wangian yang digunakan sebagai ubat’. Hari ini ’Moorbads atau Klinik Moor’ menawarkan satu barangan yang mengenengahkan perubatan Moor di German, Austria, Hungary & negara-negara Eropah yang lain. Doktor-doktor di Eropah kerapkali membekalkan barangan ’Moor’ untuk mengubati radangan dan rawatan sakit kulit, usus dan arthritis. Kebanyakkan hospital di German dan Austria juga dilaporkan telah menyediakan kaedah rawatan ’Moor’.
Herba dan Nutrien
Komponen bahan-bahan ajaib yang terkandung di dalam ”Deep Moor” dibuat melalui projek kali selidik sejak awal tahun lima puluhan lagi. Di suatu masa, pengkaji selidik NASA telah mengkaji komposisi yang terdapat di dalam ’Deep Moor’. Mereka berpendapat bahawa ratusan herba, bahan organik, hormon tumbuhan, antibiotik semula jadi dan lain-lain bahan semula jadi bercantum untuk mengeluarkan satu bahan ajaib yang pekat dan kaya dengan bahan-bahan organik semula jadi iaitu ’Moor’. Bahan-bahan organik semulajadi inilah menjadikan ’Deep Moor’ suatu keajaiban ”therapeutic”. 
Bahan-bahan yang terkandung di dalam ’Deep Moor’
Lilin, asid humic, fatty acids, lignin, kanji, gula, humus, asid amino, balsam, volatile oils, nitrogen compounds, vitamins, organic sulphates, protein, resins, pections, hemicellulose, cellulose, bitumens, pigments, cuka, oxalic acid, antibiotics, iron salts, sulphur, magnesium, manganese, calcium, sodium, iron , phosphoric acid, silicic acid, potassium, boron, silicon, aluminium, calcium dan lain-lain.
Penyembuhan-penyembuhan yang terdapat pada ‘Deep Moor'
Akibat pengurangan oksigen dan dengan adannya microflora yang tertentu, herba-herba melalui satu proses transformasi beratus-ratus tahun lalu untuk mengeluarkan bahan pepejal homogeneous yang dinamakan ‘Moor’. Melalui proses pematangan ini kesemua bahan komponen organik dan bukan organik di dalam tumbuhan tersimpan di dalam ‘Moor’. Jumlah campuran sebatian itulah yang membuatkan ‘Moor’ salah satu bahan semula jadi yang berkesan dan mujarab untuk terapi serta bahan merawat dan mengeluarkan toksik. Penyelidikan secara klinikal juga telah menunjukkan yang ‘Deep Moor’ bertindak menyerap ke kulit dan berupaya menjadi sebagai terapi berkesan ke seluruh sistem tubuh.
Ekstrak Licorice
Licorice adalah sejenis tumbuhan atau juga dikenali sebagai “akar manis” yang digunakan untuk membuat gula-gula Locorice. Ekstrak Licorice digunakan untuk merawat pigmentasi atau kulit yang gelap dan kusam. Jadi ia berfungsi sebagai agen pencerah semulajadi untuk mencerahkan kulit jika digunakan secara berterusan. Ekstrak Licorice juga berfungsi sebagai agen anti-radang (anti-inflammatory) dan agen nyah-toksik (detoxifying agent).
Ekstrak Tea Tree Leaf 
Bahan ini diambil dengan cara proses pengewapan. Ia berfungsi sebagai "natural essential oil" untuk mengawal pertumbuhan bakteria yang menyebabkan jerawat. Secara amnya, bahan ini mempunyai elemen anti-bakteria yang tidak terdapat pada kebanyakan produk penjagaan kulit komersil lain.
______________________
Secara amnya, Amoorea sangat sesuai untuk semua jenis kulit: berminyak, sensitif, kering, normal, berjerawat, bersisik, berparut dan sebagainyanya. Malah sangat sesuai untuk kulit bayi terutama yang mempunyai masalah eczema. Oleh kerana sabun ini bertindak menyahtoksin, membersih, mengawal pH, mencerah secara semulajadi, menghalus dan mengurangkan parut - kulit anda akan kelihatan berseri-seri selepas mengamalkannya….

Antara ancaman yang selalu dihadapi oleh kulit kita
Faedah Menggunakan Amoorea
Tahukah Anda?
Kami sangat yakin dengan keberkesanan Amoorea dan dari itu, kami sanggup menginsuranskan pengguna Amoorea sejumlah RM5 juta, khas bagi melindungi dan menjamin keselamatan anda semasa berAmoorea. Namun harus diingat, kami mempunyai panel pakar yang mampu menganalisa kulit anda, dan hanya jika terbukti secara saintifik kulit anda menjadi teruk akibat Amoorea, anda akan dilindungi oleh insurans ini!
Kesimpulannya, tak perlu risau untuk mencuba dan mengamalkan Amoorea!!! Jom Amoorea!

Di sini juga dilampirkan jaminan terhadap kualiti produk Amoorea, untuk penilaian anda.

Disertakan juga kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

Company No: 556114-P
Direct Selling License No: AJL 931552
Jika harga menjadi penghalang anda, cuba anda lihat testimoni, di mana mereka yang telah mendapat manfaatnya tidak terfikir langsung tentang harganya. Cuba anda lihat pula perbelanjaan tanpa sedar yang telah kita keluarkan untuk kencantikan kulit kita... Lihat perbandingan kos di bawah...
Cara Menggunakan Amoorea
1. Bersihkan tangan, gosokkan Amoorea pada tapak tangan untuk keluarkan buih
2. Ambil buih dan letakkan di kawasan yang bermasalah seperti jeragat, parut, kedut dan liang-liang roma yang besar sambil gosok perlahan-lahan (buat bulatan) hingga meresap ke dalam kulit
3. Kemudian basahkan tangan dan gosok pada muka, massage seluruh muka sehingga buih menyerap kedalam kulit
4. Kemudian biarkan selama 2-3 minit (kiraan 3 minit selepas bila massage selesai)
5. Basuh muka dan biarkan kering sendiri (jangan lap)
6. Sesuai digunakan 2 kali sehari (pagi dan malam)
7. Hanya 1-3 minit sahaja setiap cucian
8. Pada bahagian badan - biarkan selama 3 minit sebelum cuci
9. Sebagai syampoo (tidak perlu gunakan syampoo dan conditioner lain lagi); Basahkan rambut dan keluarkan buih dan gosok di seluruh kepala dan rambut. Tidak perlukan buih yang banyak seperti syampoo yang lain. Rambut akan lebih lembut, bersinar, hitam, lebat dan bebas kelemumur
10. Bersihkan saki-baki sabun sehingga tiada lagi rasa licin pada wajah (menandakan yang muka bersih dari sabun yang mungkin berada di antara pori-pori di kulit)
PERINGATAN: TAK PERLU GUNA CLEANSER, TONER DAN MOISTURISER Tindakbalas Selepas Menggunakan Amoorea (bukan untuk semua kulit) 1. Kulit menjadi kering - Hanya biarkan selama 1 minit sebelum 2. Keluar bintik-bintik halus di muka - Cuci selama 1 minit sahaja kerana ia merupakan “proses pembersihan dari dalam”. Gunakan moisturizer. Jangan risau dan terus gunakan Amoorea seperti yang diarahkan 3. Kulit menggelupas - Cuci selama 1 minit kerana ia mengeluarkan sel-sel kulit mati. Biar pengelupasan sendiri. Jangan dikopek 4. Kulit rasa gatal-gatal - Itu tandanya ada resdung. Jangan garu dan jika boleh dalam tempoh sebulan pertama, jangan amalkan makan seafood, daging dan telur. Tunggu sehingga kulit kembali normal. Kurangkan masa cuci kepada 1-2 minit sahaja Semua ‘healing crisis’ hanya berlaku selama 1-3 minggu, bergantung kepada kulit seseorang Sila Beri Perhatian Kulit sensitif - sebaiknya 1 - 2 minit sudah memadai (tetapi untuk permulaan boleh gunakan selama 3 minit selama 2 – 3 sehari) Kulit normal / kering - sama seperti langkah kulit berjerawat Kulit berparut - amalan yang ‘consistent’ dan betul membantu mengawal kesan parut dengan berkesan Kulit pigmentasi - berkemungkinan akan mengalami sedikit pengelupasan halus (bergantung kepada keaktifan kulit masing-masing). Ini adalah kerana sel mati di pisahkan dari lapisan permukaan kulit. Anda mungkin akan mengalami sedikit kegatalan, kekeringan yang bersifat sementara kerana faktor perubahan sel pada kulit
basuh muka dan gunakan moisturizer selepas proses pengeringan kulit
.
Kulit berjerawat - gunakan selama 3 minit setiap kali cucian (2 kali sehari) selama seminggu. Minggu kedua dan seterusnya memadai mengamalkan sabun seperti cucian biasa sahaja. Lakukan ‘maintenance’ 1-2 kali dalam seminggu
3 MINIT SAHAJA!!! 2 KALI SEHARI untuk KULIT BERSIH, BERSERI
dan SIHAT........IBARAT SELEPAS MEMBUAT RAWATAN FACIAL
(alternatif bagi yang tiada masa untuk ke beauty salon!)